dikendalikan oleh   

Keunikkan Kawasan

Gelanggang Futsal

Gelanggang Futsal ini beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.

Tarikkan : Makanan, Kedai, Produk

Perasmian Rumah Ngaji (rumah angkat) Badan Amal Warisan Ben Warno pada tahun 2015. Ia bertujuan untuk belajar mengaji. Sesiapa boleh mendaftar. Ada beberapa orang tenaga pengajar di dalam Rumah Ngaji.

Lokasi Menarik (Tumpuan Pelancong)

Tanggal 23 Feb 1950, iaitu 66 tahun lepas, Balai Polis Bukit Kepong diserang komunis. Satu tragedi menyayat hati yg masih kekal diingatan kita hingga hari ini. Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah kepada anggota dan keluarga polis yang gugur mempertahankan kedaulatan negara... Alfatihah.... Aamiin...

Pelancongan Berdekatan

AIR TERJUN GUNUNG LEDANG

Kejernihan dan kesejukan air dari Hutan Lipur Gunung Ledang Air Panas, Sagil, Ledang setinggi 1276 meter sememangnya memukau para pengunjung yang mencintai kedamalan udara nyaman dan segar. Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak dan Lebuh Raya Utara Selatan, ianya sudah pasti menjadi tarikan kepada pelancong baik dari dalam atau luar Daerah Ledang terutamanya pada hujung minggu atau cuti.

Suasana yang damai dan desiran air terjun beberapa tingkat serta bunyi sang unggas cukup mengasyikkan itu mampu memberikan ketenangan untuk para pengunjung berehat dengan aman. Di Hutan Lipur Gunung Ledang ini terdapat beberapa kolam dan is amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak atau dewasa. Walaupun air terjunnya datang dari Pergunungan Gunung Ledang, para pengunjung yang meminati aktiviti lasak boleh mendaki ke atas melalui anak tangga dan menyusuri akar-akar pokok hingga ke kemuncak Gunung Ledang. Setiap ketinggian yang didaki memberi peluang kepada pengunjung melihat pokok-pokok yang telah berusia 100 tahun. Keindahan flora dan fauna dari pelbagai spesis turut dapat dilihat di Gunung Ledang dan salah satu daripada keunikannya ialah `Orkid Selipar' yang hanya boleh didapati di Gunung Ledang ini sahaja. Hutan Lipur Gunung Ledang yang menjadi hutan simpan inijuga kaya dengan pokok-pokok herba dan akar-akar kayu yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

TAMAN HUTAN LAGENDA GUNUNG LEDANG

Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai 2003, semakin mendapat sambutan berikutan keindahan alam sekitarnya.

Dengan kehijauan hutan dan alam semula jadinya, taman seluas 8,611 hektar yang terletak di kaki Gunung Ledang di Sagil itu, diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 2005.

Jika sebelum ini pelancong lebih tertumpu di kawasan air terjun di Gunung Ledang Resort sebagai kawasan rekreasi, Taman Hutan Lagenda itu memberikan pilihan kepada mereka yang lebih mementingkan ketenangan dan suasana hutan.

Selain itu, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang menjadi pintu masuk untuk ke puncak gunung itu juga adalah tempat paling sesuai untuk program bina semangat dengan pelbagai kemudahan lengkap.

TAMAN BUNGA RAYA

Taman Bunga Raya terletak di Bandar Tangkak bersebelahan dengan Masjid Jamek Tangkak. Pelbagai kemudahan rekreasi aktif dan pasif yang telah disediakan disini untuk kemudahan orang awam beriadah.