Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan PI
- Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
~ Menyediakan premis yang sesuai
~ Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri - Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
- Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
- Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
- Daftar sebagai Ahli PI
~ Pendaftaran RM5.00
~ Kad Ahli
~ Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
~ Pengaktifan semula —RM3.00